Isnin, 29 Disember 2008

MAIN POLO AIR

Main Polo Air
Swimming Pool Jorak
29 Dis 2008





















  • Pada 29 Disember 2008, Biro Rakan Muda telah mengadakan pertandingan Street Socer tertutup Jorak.
  • Ada 5 Pasukan yang mengambil bahagian
  • Pada waktu tengaharinya, kami semua pegi mandi parit sambil main Polo air. Rasanya dah lama tak mandi Parit.
  • Pertandingan berakhir pada waktu petang
  • Kali ini Aku menyumbang makan pagi dan Hadiah.

Jumaat, 7 November 2008

MENGEMAS GELANGGANG STREET SOCER





















  • Pada 19 Oktober 2008 iaitu pada hari Ahad, Biro Rakan Muda & Multimedia telah mengadakan gotong royong membersihkan Gelanggang Street Socer Kampung Jorak Elahi.
  • Antara Aktiviti yang dijalankan termasuklah menampal lantai yang pecah, memotong rumput dan membuat garisan serta membersihkan kawasan sekeliling,
  • Semua Ahli memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini

  • Tujuan program ini dijalankan adalah sebagai persediaan untuk pertandingan Street Socer bawah 18 tahun yang akan diadakan pada 02 November nanti.

SAMBUTAN HARI RAYA DI MASJID






  • Sekitar dua minggu dalam bulan Syawal, Biro Rakan Muda JKKK Jorak Elahi telah bekerjasama dengan jawatankuasa Masjid Jamek Bukit Pasir telah mengadakan sambutan hari raya bertempat di Masjid Jamek Bukit Pasir


  • Biro Rakan Muda bertanggungjawab dalam melancerkan perjalanan majlis ini.


  • Antara tugas-tugas termasuklah membasuh pinggan dan mangkuk serta membersihkan kawasan masjid

Ahad, 2 November 2008

PERTANDINGAN STREET SOCER

AKTIVITI SULUNG BIRO
02 NOVEMBER 2008
















  • Pengundian Berjalan pada malam minggu dan ada 48 pasukan yang menyertai pertandingan kali ini.
  • Seperti biasa 1 pasukan ada 3 orang pemain dan guna kasut futsal
  • Aku sponsor sarapan pagi dan hadiah
  • Aus pula sponsor bina dan hadiah serta keperluan lain.
  • Yang lain sponsor tenaga
  • Petandingan bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada 8.00 malam
  • Pertandingan ini dikira berjaya dianjurkan dan mendapat sambutan yang bagus

Isnin, 13 Oktober 2008

Projek Keceriaan Kampung Untuk Aidilfitri














  • Bermula 26 Ramadhan 1429, Biro Rakan Muda telah memulakan projek keceriaan kampung sempena aidilfitri ini.

  • Oleh kerana kekurangan tenaga kerja dan modal, kami hanya memasang pelita di sepanjang separuh kampung sahaja.
  • Bermula di hadapan rumah Rahmat Bin Wali Mohamad hinggalah ke hadapan rumah Mohamed Bin Hj. Amin.
  • Kemuncak pelita itu ialah pintu gerbang yang dipacakkan berhampiran dengan rumah Ketua Kampung merangkap Pengerusi JKKK Kampung Jorak Elahi.
  • Pelita dipacak pada 25 dan 26 september 2008 manakala projek pintu gerbang dijalankan pada 27 dan 28 september.
  • Sumber kewangan bagi projek ini adalah dari simpanan sendiri dan bukan dari dana mana-mana tabung. Ini kerana Biro Rakan Muda belum mempunyai tabungan.

Melancong Ke Alor Setar

Melancong Ke Alor Setar















  • Pada 15-18 Julai 2008 dengan dana sendiri, 3 orang Jawatankuasa Biro Rakan Muda & Multimedia telah membuat lawatan ke Utara.
  • Mereka ialah Azwan, Rashid Dan Firdauzs dengan berbekalkan RM 200 setiap orang yang diperolehi dari simpanan sendiri.
  • Tujuan mereka ke sana adalah untuk mengenal serba sedikit budaya negeri lain.
  • Antara Negeri yang mereka lalui termasuklah Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
  • Pengalaman berharga ini akan mereka sampaikan kepada Rakan Muda Kampung.

Majlis Gotong Royong Membersihkan Kampung

Majlis Gotong Royong

Membersihkan Kampung
















  • Pada 24 Ogos 2008, JKKK Kampung Joak Elahi Telah Mengadakan Majlis Gotong Royong membersihkan Kampung Sempena Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang.
  • Biro Rakan Muda & Multimedia tidak ketinggalan menyertai Aktiviti ini. Sebagai Biro Di Bawah JKKK, sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menjayakan setiap majlis yang dijalankan oleh JKKK.
  • Kami sama-sama menebang pokok, memotong rumput dan membersihkan parit untuk keceriaan kampung.
  • Ini Bermakna, Para Rakan Muda Kampung ini ada aktiviti yang baik untuk dijalankan dari melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat

Majlis Qatam Al-Quran

Tadarus Al-Quran &
Majlis Qatam Al-Quran












  • Sepanjang Bulan Ramadhan 1429H ini, Rakan Muda Kampung Jorak Elahi telah menjalankan aktiviti bertadarus Aquran di Masjid Jamek Bukit Pasir.
  • Acara Kemuncak aktiviti ini ialah Majlis Qatam Al-Quran yang dijalankan pada 26 September 2008 bersamaan 26 Ramadhan 1429H.
  • Mereka juga diberi sedikit cenderahari diatas komitmen yang telah mereka berikan.
  • Rakan Muda juga bergotong royong dalam menjayakan Majlis ini..

Majlis Sumbangan JKKK Penyayang

Majlis Sumbangan JKKK Penyayang












  • Pada 21 September 2008 bersamaan 21 ramadhan 1429, Biro Rakan Muda & Multimedia telah membantu JKKK bagi menjayakan Program JKKK Penyayang
  • Antara Tugas Biro Rakan Muda & Multimedia termasuklah membungkus sumbangan dan membantu ketika majlis berlangsung.
  • Selain itu tugas Lain termasuklah mengambil gambar kerana ini adalah termasuk dalam tugasan utama Biro kami ini