Isnin, 13 Oktober 2008

Projek Keceriaan Kampung Untuk Aidilfitri














  • Bermula 26 Ramadhan 1429, Biro Rakan Muda telah memulakan projek keceriaan kampung sempena aidilfitri ini.

  • Oleh kerana kekurangan tenaga kerja dan modal, kami hanya memasang pelita di sepanjang separuh kampung sahaja.
  • Bermula di hadapan rumah Rahmat Bin Wali Mohamad hinggalah ke hadapan rumah Mohamed Bin Hj. Amin.
  • Kemuncak pelita itu ialah pintu gerbang yang dipacakkan berhampiran dengan rumah Ketua Kampung merangkap Pengerusi JKKK Kampung Jorak Elahi.
  • Pelita dipacak pada 25 dan 26 september 2008 manakala projek pintu gerbang dijalankan pada 27 dan 28 september.
  • Sumber kewangan bagi projek ini adalah dari simpanan sendiri dan bukan dari dana mana-mana tabung. Ini kerana Biro Rakan Muda belum mempunyai tabungan.

Melancong Ke Alor Setar

Melancong Ke Alor Setar















  • Pada 15-18 Julai 2008 dengan dana sendiri, 3 orang Jawatankuasa Biro Rakan Muda & Multimedia telah membuat lawatan ke Utara.
  • Mereka ialah Azwan, Rashid Dan Firdauzs dengan berbekalkan RM 200 setiap orang yang diperolehi dari simpanan sendiri.
  • Tujuan mereka ke sana adalah untuk mengenal serba sedikit budaya negeri lain.
  • Antara Negeri yang mereka lalui termasuklah Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
  • Pengalaman berharga ini akan mereka sampaikan kepada Rakan Muda Kampung.

Majlis Gotong Royong Membersihkan Kampung

Majlis Gotong Royong

Membersihkan Kampung
















  • Pada 24 Ogos 2008, JKKK Kampung Joak Elahi Telah Mengadakan Majlis Gotong Royong membersihkan Kampung Sempena Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang.
  • Biro Rakan Muda & Multimedia tidak ketinggalan menyertai Aktiviti ini. Sebagai Biro Di Bawah JKKK, sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menjayakan setiap majlis yang dijalankan oleh JKKK.
  • Kami sama-sama menebang pokok, memotong rumput dan membersihkan parit untuk keceriaan kampung.
  • Ini Bermakna, Para Rakan Muda Kampung ini ada aktiviti yang baik untuk dijalankan dari melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat

Majlis Qatam Al-Quran

Tadarus Al-Quran &
Majlis Qatam Al-Quran












  • Sepanjang Bulan Ramadhan 1429H ini, Rakan Muda Kampung Jorak Elahi telah menjalankan aktiviti bertadarus Aquran di Masjid Jamek Bukit Pasir.
  • Acara Kemuncak aktiviti ini ialah Majlis Qatam Al-Quran yang dijalankan pada 26 September 2008 bersamaan 26 Ramadhan 1429H.
  • Mereka juga diberi sedikit cenderahari diatas komitmen yang telah mereka berikan.
  • Rakan Muda juga bergotong royong dalam menjayakan Majlis ini..

Majlis Sumbangan JKKK Penyayang

Majlis Sumbangan JKKK Penyayang












  • Pada 21 September 2008 bersamaan 21 ramadhan 1429, Biro Rakan Muda & Multimedia telah membantu JKKK bagi menjayakan Program JKKK Penyayang
  • Antara Tugas Biro Rakan Muda & Multimedia termasuklah membungkus sumbangan dan membantu ketika majlis berlangsung.
  • Selain itu tugas Lain termasuklah mengambil gambar kerana ini adalah termasuk dalam tugasan utama Biro kami ini